Saturday, December 11, 2010

All praises be to Allah

ouch i am touched.syukur syukur syukur itu je yang mampu terluah dari lubuk hati ini.
TERIMA KASIH YA ALLAH
walaupun result tak seberapa tapi ada peningkatan di situ.
and as usual i will tell my parents first.
tak sangka abah kol pagi tadi.and ajak balik.habis je cakap dengan abah,
eh lupa nak bagi tau result.so disebabkan it is office hour,and tak nak lah kacau abah tengah kerja.
then i text him. and told him my result.and as usual abah cakap tahniah.sebab ada improvement and give me support to do my very best for the next sem.just put more effort on it.He believe that i can do better for the next sem.Insya Allah.

SYUKUR amat sebab ALLAH dengar luahan hati saya.even saya tak dapat 3.0 and above tapi saya syukur dan redha sebab saya dah usaha dan tawakal kepada Allah atas apa yang saya usahakan.and bila abah dan mama cakap tahniah and keep giving me support.hati kecil ni rasa sangat sangat terharu sampai nak keluar air mata.tapi nak buat macam mana hati ini makin lama makin kering makin susah nak nangis.ahhh.i don't care it is not the shame if i'm crying because of them kan?hey,mereka adalah IBU dan BAPA saya yang paling saya SAYANG after ALLAH.

another thing saya bersyukur sebab ALLAH bagi kedua ibu bapa yang sangat supportive sangat understanding yang sangat caring.syukur syukur.tak mampu rasanya nak balas jasa kalian berdua ni tau.banyak sangat sangat.okey,tyah tau tyah bukan anak yang baik.dah la degil*haih*(ini kenyataan ok.kdg2 i can't help my self for stop being so stubborn),and kadang2 rasa memberontak tu sangat la membuak2.
Ya Allah,hiasilah diriku dengan peribadi dan akhlak yang mulia.Kasihanilah kedua ibu bapa ku dan peliharalah mereka dari segala bahaya dan bencana.Kurniakanlah tubuh badan yang baik dan sihat.Teguhkan lah iman mereka.Sesungguhnya,Engkaulah sebaik-baik pelindung buat mereka.

jadi untuk next sem,kena study dengan lebih keras lagi atau lebih hebat lagi supaya saya dapat achieve impian saya walaupun masa hadapan itu adalah untuk saya namun apa-apa pun itu adalah hadiah buat kedua ibu bapa saya yang susah payah nak jaga saya yang sejak dari kecil ni buat macam-macam masalah*adeh*-rasa cam nak ketuk kepala sendiri-

mungkin ada hikmah kenapa saya ditugaskan untuk dapat tempat belajar yang dekat dengan rumah.sebab Allah nak mudahkan saya untuk menjaga mereka pula di kemudian hari if anything bad happen to them*ouh Allah,mintak jauhkan mereka dari segala bahaya* positif!hehe.and and recently ini, i have read to a tazkirah at iluvislam.com.it is about Luqman al-Hakim's advise to his son.

"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

mari kita perhalusi setiap bait-bait kata beliau :

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."
Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.
Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

bila baca tazkirah ini tersentap kejap.hurmm.kadang-kadang selalu jugak mengeluh pastu mengungkit setiap apa yang aku dah buat kat rumah selama ini.dah tolong mama kemas pastu marah-marah sebab orang lain tak nak tolong.*adeh*kan dah rugi burn cam tu je pahala.sia-sia.

Jadi kat sini saya nak buat azam sikit:
1)nak belajar untuk jadi lebih bersabar dan jangan ungkit-mengungkit karang sia-sia je pahala tu kan?

2)belajar memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain dan ingat kesalahan kita,dan berusaha untuk jadi lebih baik.Insya Allah ^__^

3)nak belajar kuat-kuat biar dapat keputusan yang cemerlang untuk masa hadapan saya dan juga sebagai hadiah untuk kedua ibu bapa yang tersayang!!*ouh ini mesti* Ya Allah,bantulah hamba-Mu yang lemah dan hina ini.

8 comments:

izzatimar'e said...

salam.....
gudluck 4 da next sem!!!!

[sakuradila] said...
This comment has been removed by the author.
sakuradila said...

ganbatte tiya! =)

Attiya Tajuddin said...

thanks korang! ;)

Thedofi said...

salam..
congrates tya!
(^-^)

Attiya Tajuddin said...

waalaikumsalam.thanks a lot!
wish you all the best for the next sem okey :)

Attiya Tajuddin said...

waalaikumsalam.thanks a lot!
wish you all the best for the next sem okey :)

bahirah said...

sme2la kte troskn usehe tok next sem nt..huhu..all da besh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...